Monday, 10 October 2016

Wednesday, 5 October 2016

Pemberian Ganjaran

Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan yang berlaku antara majikan (ketua) dengan orang bawahan. Allah menjanjikan balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya :

Maksudnya
"Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjkan."

Pembahagian Ganjaran

Kita sedia maklum bahawa pengurus pada hari ini tidak berkuasa untuk memberi ganjaran kewangan secara terus dan segera kepada pekerja yang cemerlang. Justeru pengurus pelu mencadangkan pekerja yang berpretasi cemerlang unruk diberikan ganjaran kewangan oleh organisasi. 
Pembahagian ganjaran terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Ektrinsik - Ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus
2. Intrinsik - Ganjaran penghargaan seperti surat pujian dan sijil pekerja cemerlang.

Oleh itu, seseorang pengurus harus mengambil peluang dengan sebaik mungkinuntuk menyediakan ganjaran intrinsik kepada pekerjanya. Dalam hal ini, seseorang pengurus tidak boleh bersikap kedekut untuk tidak memberikan pujian dan penghargaan yang sepatutnya kepada pekerjanya yang berpretasi cemerlang. 
        Menurut Muhammad Abdul Rauf (1994), pembayaran upah, gaji dan yang berkaitan sewajarnya dilakukan mengikut apa-apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Pembayaran tersebut perlu dilakukan secara tepat mengikut waktu bekerja dan jumlah hari bekerja. Ganjaran sewajarnya patut diberikan kepada kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa sebagai memberikan pengukuhan dan motivasi kepda yang terlibat yang menjadi contoh kepada kakitangan yang lain.    

PENURUNAN AUTORITI

Penurunan Autoriti

Seseorang pengurus tidak boleh melakukan kesemua kerja dalam jabatannya. 
Pengurus dengan sendiri memerlukan pekerja bagi memudahkan urusan kerja. Pengurus akan memilih kerja atau tugasan yang sesuai untuk diserahkan kepada para pekerjanya. Setiap pekerja mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam melaksanakan tugasnya. 
      Dalam aspek pembahagian dan pemberian tugas atau kerja, seseorang pengurus mesti memberikan autoriti dan had kuasa bagi membolehkan pekerjanya menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Kuasa yang diberikan kepada pekerjanya perlulah wajar dengan autoriti kerja. Sekiranya kuasa yang diberikan kurang  wajar dengan autoriti kerja, sudah tentu pekerja tersebut akan menghadapi masalah dalam menjalankan tugas. Kejayaan penurunan kuasa sama ada kepada pekerja bawahan atau kepada pengurus cawangan tetap sebahagian besarnya kepada kepercayaan pihak pengurusan terhadap orang bawahan mereka.
      Amalan penyerahan kuasa terhadap orang bawahan sama ada pegawai atau pembantunya dalam kepimpinan seseorang pemimpin adalah antara faktor pengukuhan kemahiran kemanusiaan. Ketua atau pemimpin yang juga manusia mempunyai keupayaan yang terhad. Sudah tentu mereka tidak mampu untuk memikul segala-galanya tanpa menyerahkan setengah urusan pentadbiran kepada  gabenornya untuk diselesaikan. Pada ketika itu, gabenor bertindak selaku wakil kepada pemimpin. Selanjutnya, amalan penyerahan kuasa ini secara tidak langsung akan melahirkan rasa yakin gabenor terhadap keupayaan diri dan kepercayaan ketua terhadapnya. Hal ini akan lebih, mendorong seseorang (yang diberikan tanggungjawab) menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan tekun.

Maksud organisasi dan ciri-ciri organisasi, ketaatan

Definisi Organisasi

Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Perkataan organisasi didefinisikan sebagai struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan (Jackson dan Musselmen, 2006). Kumpulan dua atau lebih (orang) yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.


ciri-ciri organisasi

Sesebuah organisasi yang telah dibentuk melambangkan indentitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, pusat penyelidikan dan juga institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau hidmat nasihat, serta pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan indentiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus kursusnya dan masyarakat awam amnya. Dengan hal demikiannya, fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.
           Sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, yang mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu berbeza dari segi bilangan yang hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kaki tangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada 3 tingkat autoriti. Setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada 3 atau 4 pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi. 
           Di dalam sebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Dibahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personal, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai 3 bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab. 

Ketaatan

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya. Prisip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. 
     Meskipun begitu terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima. Antaranya ialah arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tugas, tugas yang diarah oleh majikan terdapat dalam deskripsi kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja. 
     Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin. 

1) Kesetiaan kepada organisasi
     Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya, ia tidak boleh : 
     a) Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
     b) Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikat.
     c) Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.
     d) Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa tertentu

2) Kepatuhan kepada disiplin

     a) Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan         operasi organisasi berjalan dengan lancar
     b) Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja didalamnya.
     c) Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi
     d) Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan pengurus itu sendiri.




Prinsip Operasi

Prinsip dan perancangan operasi merupakan tanggungjawab semua pihak pengurusan sama ada pada peringkat atasan mahupun peringkat penyeliaan. Setelah perancangan strategik dibuat bagi mencapai objektif organisasi, prinsip dan perancangan operasi perlu dibuat dengan menyediakan butiran tertentu bagi mencapai perancangan strategik.