Wednesday, 5 October 2016

Maksud organisasi dan ciri-ciri organisasi, ketaatan

Definisi Organisasi

Organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Perkataan organisasi didefinisikan sebagai struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan (Jackson dan Musselmen, 2006). Kumpulan dua atau lebih (orang) yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.


ciri-ciri organisasi

Sesebuah organisasi yang telah dibentuk melambangkan indentitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah pusat pengajian tinggi termasuk politeknik seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, pusat penyelidikan dan juga institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau hidmat nasihat, serta pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan indentiti atau nilai-nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus kursusnya dan masyarakat awam amnya. Dengan hal demikiannya, fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu.
           Sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, yang mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu berbeza dari segi bilangan yang hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kaki tangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada 3 tingkat autoriti. Setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada 3 atau 4 pegawai yang bertanggungjawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi. 
           Di dalam sebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Dibahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personal, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai 3 bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab. 

Ketaatan

Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya. Prisip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. 
     Meskipun begitu terdapat lagi beberapa faktor yang mesti diambil kira bagi menjadikan arahan tersebut sebagai sesuatu yang mesti diterima. Antaranya ialah arahan tersebut mestilah berada dalam bidang tugas, tugas yang diarah oleh majikan terdapat dalam deskripsi kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja. 
     Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin. 

1) Kesetiaan kepada organisasi
     Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya, ia tidak boleh : 
     a) Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.
     b) Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikat.
     c) Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing.
     d) Bekerja dengan dua organisasi yang berbeza dalam satu-satu masa tertentu

2) Kepatuhan kepada disiplin

     a) Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan         operasi organisasi berjalan dengan lancar
     b) Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja didalamnya.
     c) Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi
     d) Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan pengurus itu sendiri.




No comments:

Post a Comment